Khamis, 9 November 2017
Alhamdulillah pada 20 /8/2017 (jumaat) lepas Maahad Tahfiz Akademi MiftahulUlum menerima kunjungan pihak hospital Ampang yang terdiri daripada doktor pediatrik,doktor gigi,farmasi,jururawat & sukarelawan hospital ampang..Mereka mengadakan medical chek up dan berkongsi panduan menjaga kesihatan kepada semua anak-anak di sini secara percuma..Jutaan terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini..semoga usaha ini di berkati Allah.
Rabu, 8 November 2017
PESANAN BUAT IBU-IBU
PESANAN BUAT IBU-IBU
Ajarlah anak-anak membantu di dapur sejak kecil lagi. Biar mereka melihat cara urusannya - memasak, mencuci pingggan, mengelap dapur, menyapu sampah serta membuang sisanya.
Ada komunikasi, ada toleransi.
Mereka bukan selamanya perlu di manja.
Mereka tidak selamanya tinggal bersama ibubapa.
Biar ia menjadi ilmu bermanfaat.
Mudah-mudahan suatu ketika nanti ia menjadi saat manis untuk di kenang ketika ibubapa sudah pergi menghadapNya.
Usah takut dapur bersepah duhai ibu ...
Suatu ketika nanti dapur yang riuh rendah itu pasti akan sunyi.
Yang ditinggalkan hanya rindu,kekosongan dan sepi.
Yang ditinggalkan hanya rindu,kekosongan dan sepi.
Firman Allah SWT bermaksud:
Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya).
(Terjemahan surah al-Insan: 30)
KREDIT PUAN RAUDZAH ROSLAN ATAS PENULISAN YANG MENJENTIK HATI KAMI^^
Program bengkel Kemahiran Jahitan kraftangan DIY kelolaan puan Faizah pada 5/11/2017 (Ahad).Semoga program ini dapat memberi manfaat kepada anak-anakMaahad Tahfiz Akademi MiftahulUlum Ampang disamping dapat mencungkil bakat dan kreatif dalam bidang seni jahitan kraftangan.. #GenerasiRabbaniCelikAl-Quran
Langgan:
Catatan (Atom)