Miftahul Ulum Ampang
Ahad, 25 November 2018
SUMBANGAN UNTUK PEMBINAAN MAAHAHAD TAHFIZ
Assalamualaikum Warahmatullahi Barakatuh Tuan/Puan
MEMOHON SUMBANGAN WAQAF/ ZAKAT/ DERMA UNTUK PEMBINAAN MAAHAD TAHFIZ
Dengan segala hormatnya, izinkan saya merujuk perkara di atas.
2. Saya Saadiah binti Harun, selaku Pengetua Maahad Tahfiz Akademi Miftahul Ulum Ampang ingin memohon sumbangan dana bagi pembinaan Maahad Tahfiz daripada pihak tuan/puan.
3. Untuk pengetahuan pihak tuan/puan,pihak pengurusan sekolah telah membeli sebidang tanah di Lot 84125, No. 10, Jalan Melur 1, Kg. Seri Melur, Seksyen 14, Bandar Ampang, Selangor.
Kami berhasrat untuk membangunkan sebuah bangunan sekolah untuk dijadikan pusat pengajian dan asrama penginapan pelajar serta warden dalam masa terdekat.
4. Tambahan pula, sesi pengajian pada tahun ini mendapat sambutan menggalakkan dengan peningkatan jumlah pelajar terkini sebanyak 61 orang. Justeru itu, kami memerlukan premis baru untuk menampung bilangan pelajar yang ramai demi keselesaan para pelajar. Untuk makluman, sumber pendapatan utama sekolah, asrama, makanan harian pelajar dan gaji bulanan kakitangan hanya bergantung pada yuran bulanan persekolahan pelajar sahaja tanpa mendapat tajaan khas daripada mana-mana pihak. Lebih-lebih lagi, para pelajar berlatarbelakangkan dari keluarga yang kurang berkemampuan dan anak-anak yatim.
5. Oleh itu, pihak kami merayu dan berharap dengan ihsan daripada pihak tuan/puan agar dapat menyumbangkan dana bagi membantu kami dengan seikhlas hati. Sehubungan dengan itu, sekiranya pihak tuan/puan ingin menyalurkan sebarang sumbangan bolehlah disalurkan terus ke akaun yang tertera di bawah.
Nama Bank :RHB BANK
Nombor Akaun : 26216600009289
Penama Akaun Bank : Maahad Tahfiz Akademi Miftahul Ulum Ampang
Untuk sebarang pertanyaan, pihak tuan/puan boleh berhubung dengan saya melalui talian 013-2703004 (Ustazah Saadiah bt Harun). Semoga Allah SWT memberkati dan melimpah ruahkan rezeki pihak tuan/puan, insya Allah.
Sekian terima kasih dan jazakallahu khairan kathiran.
PENGAMBILAN PELAJAR BARU JANUARI 2019
Assalamualaikum wbt.
Maahad Tahfiz Akademi Miftahul Ulum, Ampang kini sedang membuka pengambilan pelajar-pelajar baru bagi sesi 2019. Guru2 kami adalah guru2 yang berpengalaman dan lepasan degree.Tempat adalah terhad dan sesiapa yang berminat boleh hubungi segera.
Maahad Tahfiz Akademi Miftahul Ulum, Ampang kini sedang membuka pengambilan pelajar-pelajar baru bagi sesi 2019. Guru2 kami adalah guru2 yang berpengalaman dan lepasan degree.Tempat adalah terhad dan sesiapa yang berminat boleh hubungi segera.
Pendaftaran awal untuk pelajar dibuka sekarang. Bagi yang berminat untuk mendaftarkan anak-anak boleh menghubungi nombor berikut :
1) Ustz saadiah : 0132703004.(pengetua)
2) Ustazah ummu : 0145084713 (Guru)
2) Ustazah ummu : 0145084713 (Guru)
Pelajar
-peringkat sekolah rendah (Darjah 1-6)
-peringkat sekolah Menengah (Tingkatan 1-5)
-peringkat sekolah Menengah (Tingkatan 1-5)
Pengajian :
-Hafazan Al-quran
-Diniah
-Akademik
-Diniah
-Akademik
Sekian. Terima Kasih.
Khamis, 9 November 2017
Alhamdulillah pada 20 /8/2017 (jumaat) lepas Maahad Tahfiz Akademi MiftahulUlum menerima kunjungan pihak hospital Ampang yang terdiri daripada doktor pediatrik,doktor gigi,farmasi,jururawat & sukarelawan hospital ampang..Mereka mengadakan medical chek up dan berkongsi panduan menjaga kesihatan kepada semua anak-anak di sini secara percuma..Jutaan terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini..semoga usaha ini di berkati Allah.
Rabu, 8 November 2017
PESANAN BUAT IBU-IBU
PESANAN BUAT IBU-IBU
Ajarlah anak-anak membantu di dapur sejak kecil lagi. Biar mereka melihat cara urusannya - memasak, mencuci pingggan, mengelap dapur, menyapu sampah serta membuang sisanya.
Ada komunikasi, ada toleransi.
Mereka bukan selamanya perlu di manja.
Mereka tidak selamanya tinggal bersama ibubapa.
Biar ia menjadi ilmu bermanfaat.
Mudah-mudahan suatu ketika nanti ia menjadi saat manis untuk di kenang ketika ibubapa sudah pergi menghadapNya.
Usah takut dapur bersepah duhai ibu ...
Suatu ketika nanti dapur yang riuh rendah itu pasti akan sunyi.
Yang ditinggalkan hanya rindu,kekosongan dan sepi.
Yang ditinggalkan hanya rindu,kekosongan dan sepi.
Firman Allah SWT bermaksud:
Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya).
(Terjemahan surah al-Insan: 30)
KREDIT PUAN RAUDZAH ROSLAN ATAS PENULISAN YANG MENJENTIK HATI KAMI^^
Program bengkel Kemahiran Jahitan kraftangan DIY kelolaan puan Faizah pada 5/11/2017 (Ahad).Semoga program ini dapat memberi manfaat kepada anak-anakMaahad Tahfiz Akademi MiftahulUlum Ampang disamping dapat mencungkil bakat dan kreatif dalam bidang seni jahitan kraftangan.. #GenerasiRabbaniCelikAl-Quran
Langgan:
Catatan (Atom)