Ahad, 25 November 2018

SUMBANGAN UNTUK PEMBINAAN MAAHAHAD TAHFIZ

Assalamualaikum Warahmatullahi Barakatuh Tuan/Puan

MEMOHON SUMBANGAN WAQAF/ ZAKAT/ DERMA UNTUK PEMBINAAN MAAHAD TAHFIZ

Dengan segala hormatnya, izinkan saya merujuk perkara di atas.

2. Saya Saadiah binti Harun, selaku Pengetua Maahad Tahfiz Akademi Miftahul Ulum Ampang ingin memohon sumbangan dana bagi pembinaan Maahad Tahfiz daripada pihak tuan/puan.

3. Untuk pengetahuan pihak tuan/puan,pihak pengurusan sekolah telah membeli sebidang tanah di Lot 84125, No. 10, Jalan Melur 1, Kg. Seri Melur, Seksyen 14, Bandar Ampang, Selangor. 
Kami berhasrat untuk membangunkan sebuah bangunan sekolah untuk dijadikan pusat pengajian dan asrama penginapan pelajar serta warden dalam masa terdekat.

4. Tambahan pula, sesi pengajian pada tahun ini mendapat sambutan menggalakkan dengan peningkatan jumlah pelajar terkini sebanyak 61 orang. Justeru itu, kami memerlukan premis baru untuk menampung bilangan pelajar yang ramai demi keselesaan para pelajar. Untuk makluman, sumber pendapatan utama sekolah, asrama, makanan harian pelajar dan gaji bulanan kakitangan hanya bergantung pada yuran bulanan persekolahan pelajar sahaja tanpa mendapat tajaan khas daripada mana-mana pihak. Lebih-lebih lagi, para pelajar berlatarbelakangkan dari keluarga yang kurang berkemampuan dan anak-anak yatim.

5. Oleh itu, pihak kami merayu dan berharap dengan ihsan daripada pihak tuan/puan agar dapat menyumbangkan dana bagi membantu kami dengan seikhlas hati. Sehubungan dengan itu, sekiranya pihak tuan/puan ingin menyalurkan sebarang sumbangan bolehlah disalurkan terus ke akaun yang tertera di bawah.



Nama Bank :RHB BANK

Nombor Akaun : 26216600009289

Penama Akaun Bank : Maahad Tahfiz Akademi Miftahul Ulum Ampang

Untuk sebarang pertanyaan, pihak tuan/puan boleh berhubung dengan saya melalui talian 013-2703004 (Ustazah Saadiah bt Harun). Semoga Allah SWT memberkati dan melimpah ruahkan rezeki pihak tuan/puan, insya Allah.

Sekian terima kasih dan jazakallahu khairan kathiran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan