Ahad, 7 Mei 2017

BENGKEL MEMANAH

Alhamdulillah..jutaan terima kasih diucapkan kepada kelab Memanah Zulfaqor kerana sudi menganjurkan bengkel Teori & Asas Memanah untuk pelajar Maahad Tahfiz Miftahul Ulum Ampang pada hari Ahad, 26/2/2017 bertempat di padang sk ampang campuran..
Semoga Allah memberkati kalian semua atas usaha menghidupkan sukan yang disukai Rasulullah SAW..
Sabda Rasulullah Saw : Kamu harus belajar memanah kerana memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu
Semoga semua pelajar dapat mengambil manfaat daripada bengkel tersebut untuk menjadi anak-anak yang lebih fokus dan dapat berjuang menjadi insan berguna di dunia & akhirat..Amin
"Aku adalah anak-anak panah Islam.
Campakkanlah aku ke mana sahaja,
aku tetap berjuang demi Islam."
- Saad bin Abi Waqqas 





Tiada ulasan:

Catat Ulasan