Sabtu, 3 Disember 2016

SUKATAN PELAJARAN YANG DIAJAR


SUKATAN PELAJARAN MAAHAD TAHFIZ AKADEMI MIFTAHUL ULUM AMPANG

1       Pengajian Al-Quran
i)    Tajwid
ii)   Bacaan
iii)  Hafazan

     Mata Pelajaran Diniah (Agama)
i)              Tauhid
ii)             Feqah
iii)            Akhlak
iv)            Sirah
v)             Bahasa Arab
vi)            Pendidikan Islam
vii)           Tasawwur
viii)          Pendidikan Al-Quran dan Assunnah
ix)            Syariah Islamiah
x)       Imlak/Khat
xi)      Jawi

       Mata Pelajaran Akademik
i)              Bahasa Malaysia
ii)             Bahasa Inggeris
iii)            Matematik
iv)            Sains
v)             Sejarah
     

PENGAMBILAN KEMASUKAN PELAJAR BARU

Assalamualaikum wr.wb.

Maahad Tahfiz Akademi Miftahul Ulum , Ampang kini sedang membuka pengambilan pelajar-pelajar baru bagi sesi  2017.

Sesi pengambilan pelajar baru bermula drpd sekarang. Bagi yang ingin mendaftarkan anak-anak boleh menghubungi ustz saadiah hp 0132703004.

Pengajian :-

-Hafazan Al-quran
-Diniah
-Akademi

Menduduki peperiksaan :-

-Darjah 6 (UPSR & PSRA)
-Tingkatan 5 (SPM)
-Hafazan dan syahadah

Tenaga Pengajar :-

Guru lepasan Sarjana Muda Usuluddin Universiti Malaya
Pengajar luar lepasan Universiti Al-Azhar
Guru Tuisyen


Sekian. Terima Kasih.









Selasa, 26 April 2016

Maahad Tahfiz Akademi Miftahul Ulum Ampang


Maahad Tahfiz Akademi Miftahul Ulum Ampang (Miftahul Ulum) merupakan sebuah pusat tahfiz swasta  yang berdaftar dengan JAIS dan telah ditubuhkan pada pertengahan Januari 2016.

LOGO MTA MIFTAHUL ULUM AMPANG



Logo Miftahul Ulum adalah dengan simbol Al-Quran berada dihadapan imej Bumi yang membawa maksud Al-Quran merupakan pemberi cahaya (penyuluh hidup) kepada seluruh makhluk di muka bumi ALLAH SWT. Hal ini Selaras dengan matlamat Miftahul Ulum yang ingin melahirkan generasi rabbani yang menghafal dan memartabatkan darjat Al-Quran. Al-Quran adalah pedoman dan panduan manusia sama ada didunia mahupun di akhirat. 


PAPAN TANDA MTA MIFTAHUL ULUM AMPANG


Nama Maahad tahfiz bermaksud Miftahul Ulum dipilih bersempena maksudnya yang sangat menarik dan mempunyai aura tersembunyi iaitu 'Kunci Ilmu'. Hakikatnya Al-Quran merupakan kunci bagi ilmu-ilmu ALLAH SWT. Di dalam Al-Quran telah diberitakan mengenai kehidupan di zaman lampau dan akan datang. Manusia yang bijak dalam meneroka dan mengaplikasikan ilmu Al-Quran pasti akan mendapat banyak manfaat dan kesejahteraan dalam kehidupan. 


MOTO MTA MIFTAHUL ULUM AMPANG


Moto Miftahul Ulum adalah 'Generasi Rabbani Celik Al-Quran'. Membawa maksud Miftahul Ulum ingin melahirkan generasi pelajar yang mengamalkan amar makruf nahi mungkar dalam kehidupan, hamba yang dekat dengan Tuhannya dan mengaplikasikan apa yang dipelajari dari Al-Quran. Hamba yang mampu membaca Al-Quran dan mengambil manfaat dengannya. 

Semoga semua Ibu Bapa/Penjaga, Guru-guru dan semua pihak yang terlibat mampu memberikan kerjasama sepenuhnya bagi membantu MTA Miftahul Ulum Ampang membentuk pelajar-pelajarnya selaras dengan acuan yang dikehendaki Al-Quran. Wallahua'lam. 



Isnin, 25 April 2016

Demonstrasi Kebakaran


Pada 14 April 2016 bersamaan hari Khamis ,  pihak bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Ampang telah mengadakan demonstrasi kebakaran di perkarangan Maahad Tahfiz Akademi Miftahul Ulum Ampang. Hal ini bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar dan guru-guru ketika menghadapi situasi kecemasan dan kebakaran. Demonstrasi  tersebut telah dijalankan pada jam 10.00 pagi. Sebelum memulakan demonstrasi, pihak bomba memberi taklimat berkenaan  cara-cara untuk menghadapi situasi ketika kecemasan dan  cara penggunaan alat pemadam api dengan betul.



Pegawai Bomba dan Penyelamat sedang memberikan sedikit penerangan 




Pegawai Bomba dan Penyelamat memberi taklimat berkenaan alat pemadam api



Pihak bomba menunjukkan demonstrasi kebakaran 



Guru mengadakan demonstrasi memadamkan api menggunakan alat pemadam api dengan cara yang betul


Pelajar memadamkan api dengan bantuan penerangan dari pihak bomba.

Demonstrasi ini mengambil masa selama satu jam setengah dan berakhir pada jam 11.30 pagi.Para pelajar dan guru-guru mendapat pengalaman dan pengetahuan baru  dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada  pihak bomba atas kerjasama yang diberikan kepada warga Maahad Tahfiz Akademi Miftahul Ulum Ampang.




Ahad, 10 April 2016

Seuntai Kata Semanis Bicara


Maahad Tahfiz Akademi Miftahul Ulum Ampang (Miftahul Ulum) merupakan sebuah Tahfiz berdaftar yang mempunyai lebih kurang 45 orang pelajar banat. Asrama dan sekolah tahfiz ini terletak berdekatan dengan Sekolah Kebangsaan Ampang Campuran, Ampang Selangor. Miftahul Ulum mempunyai 5 orang guru dengan dibantu oleh 2  orang kakitangan. 

Sesi Pengajaran dan pembelajaran di Miftahul Ulum bermula pada jam 7.00 am, dimulai dengan kelas hafazan Al-Quran sehingga jam 10.00 am. Seterusnya, sesi pembelajaran akademik para pelajar bermula pada jam 11.00 am sehingga 1.00 pm, dan di sambung pada jam 3.00 pm sehingga jam 4.30 pm. Pada waktu malam pula, kelas hafazan disambung kembali pada jam 8.00 pm sehingga jam 10.00 pm. 

Sumber pendapatan utama Miftahul Ulum adalah bergantung sepenuhnya kepada yuran bulanan para pelajar iaitu sebanyak RM380 sebulan  tanpa mendapat dana khas dari mana-mana pihak secara tetap. Namun begitu, ada pihak tertentu yang kadang kala memberi sumabangan seperti barang dapur (makanan basah dan kering). 

Sabtu, 23 Januari 2016

SENARAI NAMA KAKITANGAN DAN PELAJAR MAAHAD TAHFIZ AKADEMI MIFTAHUL ULUM AMPANG
SENARAI NAMA KAKITANGAN
BIL
NAMA
1.
HJ. OTHMAN BIN WAGIMAN
2.
SAADIAH BT HARUN
3.
USTAZ HJ. ENDANG
4.
SITI ZAHRAH BINTI BUKHARI
5.
RAJA NOR FAIZAH BINTI RAJA OMAR
6.
KHOZANAH

SENARAI NAMA PELAJAR
BIL.
NAMA PELAJAR
1.       
#NUR HIDAYA BINTI AZHAR
2.       
SITI SAHRIYAH BT JESULI
3.       
SULAIHA BINTI UMAR
4.       
SALIHA BT MUHAMAD
5.       
NURUL HUSNA BINTI AIDI
6.       
*INA BT JUAIRI
7.       
NURIN AMIRAH BT ROZAINI
8.       
NURUL HASANAH BINTI AIDI
9.       
*NUR ADILAH BINTI YUB
10.   
NUR FATIMAH AZZAHRA BT ZAMRI
11.   
NUR AFIQAH BT MOHD RASHID
12.   
NURSYAH PITRI BT ADI SANJAYA
13.   
NOOR FADZILAH BINTI BUYUNG KERITING
14.   
NURUL FARHANA BT KAMARUDDIN
15.   
NURUL EIZLEEN BAIDURI BT BUDI PUTRAWIJAYA
16.   
SITI AISHAH FARHANA BT ABD RASHID
17.   
*RANI NAJIHA BT ABDULLAH
18.   
ROBIATUL ADAWIYAH BT RAHMAT
19.   
MAISARAH MAWAR BT AHMAD SHAFIE
20.   
NUR SYAKIREEN ALISSYA BT SOHEME
21.   
FARIHAH AISYAH BT OMAR
22.   
*NUR SYAZANA BT AFINDI
23.   
SYIPA SORFINA BT AHMAD DIWI
24.   
MELYA NUR AISYAH BT ABDUL RAHMAN
25.   
*NUR SYAZLYANA BT AFINDI
26.   
NUR BATRISYIA BINTI ROSLI
27.   
MARYAM SOFIAH BINTI YUSMAN
28.   
NUR ALLYSSA ELLIANNA BINTI ABDULLAH
29.   
ALEYA ERDINA BINTI AHMAD NAJIB
30.   
NOR ATIKA PUTERI BT NORDIN
31.   
NURUL JANNAH BT MOHD AZMI
32.   
NURIN HAZWANI BT MAT KASAN
33.   
NUR AINA BALQIS
34.   
*NUR AINI TANI BINTI ABDULLAH
35.   
ANISSATUL JANNAH BT YAHYA
36.   
MUNIRA BATRISHA BINTI ROZMAN
37.   
NUR DANIA ROZAIREEN BINTI ROZMAN
38.   
PUTERI BALQIS
39.   
NUR AIREEN INSYIRAH BINTI ZUL AZRIN
40.   
NUR BALQIS BINTI YUSMAN
41.   
NUR ALYSHA QAISARA BINTI MUHAMAD FUAD
42.   
FELSI ERMAYANTI
43.   
INA YATUN FADILAH BINTI HASAN


 *ANAK YATIM