Maahad Tahfiz Akademi Miftahul Ulum Ampang (Miftahul Ulum) merupakan sebuah Tahfiz berdaftar yang mempunyai lebih kurang 45 orang pelajar banat. Asrama dan sekolah tahfiz ini terletak berdekatan dengan Sekolah Kebangsaan Ampang Campuran, Ampang Selangor. Miftahul Ulum mempunyai 5 orang guru dengan dibantu oleh 2 orang kakitangan.
Sesi Pengajaran dan pembelajaran di Miftahul Ulum bermula pada jam 7.00 am, dimulai dengan kelas hafazan Al-Quran sehingga jam 10.00 am. Seterusnya, sesi pembelajaran akademik para pelajar bermula pada jam 11.00 am sehingga 1.00 pm, dan di sambung pada jam 3.00 pm sehingga jam 4.30 pm. Pada waktu malam pula, kelas hafazan disambung kembali pada jam 8.00 pm sehingga jam 10.00 pm.
Sumber pendapatan utama Miftahul Ulum adalah bergantung sepenuhnya kepada yuran bulanan para pelajar iaitu sebanyak RM380 sebulan tanpa mendapat dana khas dari mana-mana pihak secara tetap. Namun begitu, ada pihak tertentu yang kadang kala memberi sumabangan seperti barang dapur (makanan basah dan kering).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan