Maahad Tahfiz Akademi Miftahul Ulum Ampang (Miftahul Ulum) merupakan sebuah pusat tahfiz swasta yang berdaftar dengan JAIS dan telah ditubuhkan pada pertengahan Januari 2016.
LOGO MTA MIFTAHUL ULUM AMPANG
Logo Miftahul Ulum adalah dengan simbol Al-Quran berada dihadapan imej Bumi yang membawa maksud Al-Quran merupakan pemberi cahaya (penyuluh hidup) kepada seluruh makhluk di muka bumi ALLAH SWT. Hal ini Selaras dengan matlamat Miftahul Ulum yang ingin melahirkan generasi rabbani yang menghafal dan memartabatkan darjat Al-Quran. Al-Quran adalah pedoman dan panduan manusia sama ada didunia mahupun di akhirat.
PAPAN TANDA MTA MIFTAHUL ULUM AMPANG
Nama Maahad tahfiz bermaksud Miftahul Ulum dipilih bersempena maksudnya yang sangat menarik dan mempunyai aura tersembunyi iaitu 'Kunci Ilmu'. Hakikatnya Al-Quran merupakan kunci bagi ilmu-ilmu ALLAH SWT. Di dalam Al-Quran telah diberitakan mengenai kehidupan di zaman lampau dan akan datang. Manusia yang bijak dalam meneroka dan mengaplikasikan ilmu Al-Quran pasti akan mendapat banyak manfaat dan kesejahteraan dalam kehidupan.
MOTO MTA MIFTAHUL ULUM AMPANG
Moto Miftahul Ulum adalah 'Generasi Rabbani Celik Al-Quran'. Membawa maksud Miftahul Ulum ingin melahirkan generasi pelajar yang mengamalkan amar makruf nahi mungkar dalam kehidupan, hamba yang dekat dengan Tuhannya dan mengaplikasikan apa yang dipelajari dari Al-Quran. Hamba yang mampu membaca Al-Quran dan mengambil manfaat dengannya.
Semoga semua Ibu Bapa/Penjaga, Guru-guru dan semua pihak yang terlibat mampu memberikan kerjasama sepenuhnya bagi membantu MTA Miftahul Ulum Ampang membentuk pelajar-pelajarnya selaras dengan acuan yang dikehendaki Al-Quran. Wallahua'lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan