Selasa, 26 April 2016

Maahad Tahfiz Akademi Miftahul Ulum Ampang


Maahad Tahfiz Akademi Miftahul Ulum Ampang (Miftahul Ulum) merupakan sebuah pusat tahfiz swasta  yang berdaftar dengan JAIS dan telah ditubuhkan pada pertengahan Januari 2016.

LOGO MTA MIFTAHUL ULUM AMPANG



Logo Miftahul Ulum adalah dengan simbol Al-Quran berada dihadapan imej Bumi yang membawa maksud Al-Quran merupakan pemberi cahaya (penyuluh hidup) kepada seluruh makhluk di muka bumi ALLAH SWT. Hal ini Selaras dengan matlamat Miftahul Ulum yang ingin melahirkan generasi rabbani yang menghafal dan memartabatkan darjat Al-Quran. Al-Quran adalah pedoman dan panduan manusia sama ada didunia mahupun di akhirat. 


PAPAN TANDA MTA MIFTAHUL ULUM AMPANG


Nama Maahad tahfiz bermaksud Miftahul Ulum dipilih bersempena maksudnya yang sangat menarik dan mempunyai aura tersembunyi iaitu 'Kunci Ilmu'. Hakikatnya Al-Quran merupakan kunci bagi ilmu-ilmu ALLAH SWT. Di dalam Al-Quran telah diberitakan mengenai kehidupan di zaman lampau dan akan datang. Manusia yang bijak dalam meneroka dan mengaplikasikan ilmu Al-Quran pasti akan mendapat banyak manfaat dan kesejahteraan dalam kehidupan. 


MOTO MTA MIFTAHUL ULUM AMPANG


Moto Miftahul Ulum adalah 'Generasi Rabbani Celik Al-Quran'. Membawa maksud Miftahul Ulum ingin melahirkan generasi pelajar yang mengamalkan amar makruf nahi mungkar dalam kehidupan, hamba yang dekat dengan Tuhannya dan mengaplikasikan apa yang dipelajari dari Al-Quran. Hamba yang mampu membaca Al-Quran dan mengambil manfaat dengannya. 

Semoga semua Ibu Bapa/Penjaga, Guru-guru dan semua pihak yang terlibat mampu memberikan kerjasama sepenuhnya bagi membantu MTA Miftahul Ulum Ampang membentuk pelajar-pelajarnya selaras dengan acuan yang dikehendaki Al-Quran. Wallahua'lam. 



Isnin, 25 April 2016

Demonstrasi Kebakaran


Pada 14 April 2016 bersamaan hari Khamis ,  pihak bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Ampang telah mengadakan demonstrasi kebakaran di perkarangan Maahad Tahfiz Akademi Miftahul Ulum Ampang. Hal ini bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar dan guru-guru ketika menghadapi situasi kecemasan dan kebakaran. Demonstrasi  tersebut telah dijalankan pada jam 10.00 pagi. Sebelum memulakan demonstrasi, pihak bomba memberi taklimat berkenaan  cara-cara untuk menghadapi situasi ketika kecemasan dan  cara penggunaan alat pemadam api dengan betul.



Pegawai Bomba dan Penyelamat sedang memberikan sedikit penerangan 




Pegawai Bomba dan Penyelamat memberi taklimat berkenaan alat pemadam api



Pihak bomba menunjukkan demonstrasi kebakaran 



Guru mengadakan demonstrasi memadamkan api menggunakan alat pemadam api dengan cara yang betul


Pelajar memadamkan api dengan bantuan penerangan dari pihak bomba.

Demonstrasi ini mengambil masa selama satu jam setengah dan berakhir pada jam 11.30 pagi.Para pelajar dan guru-guru mendapat pengalaman dan pengetahuan baru  dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada  pihak bomba atas kerjasama yang diberikan kepada warga Maahad Tahfiz Akademi Miftahul Ulum Ampang.




Ahad, 10 April 2016

Seuntai Kata Semanis Bicara


Maahad Tahfiz Akademi Miftahul Ulum Ampang (Miftahul Ulum) merupakan sebuah Tahfiz berdaftar yang mempunyai lebih kurang 45 orang pelajar banat. Asrama dan sekolah tahfiz ini terletak berdekatan dengan Sekolah Kebangsaan Ampang Campuran, Ampang Selangor. Miftahul Ulum mempunyai 5 orang guru dengan dibantu oleh 2  orang kakitangan. 

Sesi Pengajaran dan pembelajaran di Miftahul Ulum bermula pada jam 7.00 am, dimulai dengan kelas hafazan Al-Quran sehingga jam 10.00 am. Seterusnya, sesi pembelajaran akademik para pelajar bermula pada jam 11.00 am sehingga 1.00 pm, dan di sambung pada jam 3.00 pm sehingga jam 4.30 pm. Pada waktu malam pula, kelas hafazan disambung kembali pada jam 8.00 pm sehingga jam 10.00 pm. 

Sumber pendapatan utama Miftahul Ulum adalah bergantung sepenuhnya kepada yuran bulanan para pelajar iaitu sebanyak RM380 sebulan  tanpa mendapat dana khas dari mana-mana pihak secara tetap. Namun begitu, ada pihak tertentu yang kadang kala memberi sumabangan seperti barang dapur (makanan basah dan kering).